Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Longgokan tayar terpakai Kayu Madang terbakar

Keadaan tayar yang terbakar dalam kejadian tersebut.
Keadaan tayar yang terbakar dalam kejadian tersebut.

TUARAN: Kejadian kebakaran melibatkan longgokkan tayar di pusat pelupusan sampah, Kayu Madang yang merebak ke kawasan berhampiran menyebabkan sebuah kilang memproses tayar terpakai terbakar 30%.

Kebakaran yang melibatkan longgokan tayar itu telah merebak seluas tiga ekar dan merebak ke kawasan berhampiran namun ketangkasan pihak bomba mengawal kebakaran telah berjaya menyelamatkan mesin memproses tayar yang ada di dalam kilang tersebut.

Pihak bomba juga membuat ‘fire break’ dengan mengerahkan kesemua anggota untuk memindahkan tayar secara manual berhampiran kilang daripada terbakar.

Pihak bomba yang menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 1.00 pagi tadi turut berhadapan dengan kesukaran kerana kebakaran tayar yang marak sukar dipadam dan longgokan tayar yang terlalu banyak di lokasi kejadian menyebabkan operasi berlanjutan sehingga petang.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan