Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,415

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lompong dimamah bakteria

7:50am 10/03/2017 Pak Roshan 4858 views Global

SEBAHAGIAN wajah Suth yang sudah mereput akibat dijangkiti sejenis bakteria pemakan daging. – Agensi

Phnom Penh: Akibat mencabut sebatang gigi, seorang remaja perempuan kehilangan separuh wajahnya selepas dijangkiti sejenis bakteria pemakan daging.

Suth Ret, 18, terkena jangkitan kuman dikenali sebagai Necrotising Fasciitis selepas menjalani rawatan pergigian berkenaan pada Disember lalu.

Kerana luka di gusinya tidak dirawat dengan cepat, sejenis bakteria yang wujud di tekak remaja itu telah masuk ke saluran darahnya.

Bakteria itu mula memakan kulit dan daging pada bahagian kanan mukanya menyebabkan Suth kini hampir tidak memiliki wajah.

Suth kini bertarung nyawa di sebuah hospital di sini dan doktor berusaha menghentikan kuman itu daripada terus merebak ke keseluruhan mukanya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan