Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lolos polis kerana sirih

GAMBAR kiri dan kanan menunjukkan perbezaan saiz mulut Xie.
GAMBAR kiri dan kanan menunjukkan perbezaan saiz mulut Xie.

Beijing: Seorang suspek kes bunuh berjaya mengelak ditangkap polis selama lebih sedekad selepas wajahnya secara tidak sengaja berubah akibat amalannya makan sirih untuk meredakan tekanan.

Lelaki dikenali sebagai Xie itu diburu pihak berkuasa berhubung kes bunuh pada 2002, lapor People’s Daily Online.

Bagaimanapun, disebabkan terlalu tertekan hidup dalam pelarian, lelaki itu mula mengunyah sirih setiap hari sehingga menyebabkan mulutnya mengecil seterusnya menukarkan paras mukanya.

Xie dilaporkan menggunakan nama dan kad pengenalan sepupunya yang sudah meninggal dunia sebelum akhirnya dikenal pasti polis minggu ini di wilayah Hunan hasil maklumat awam.

Dia dikatakan menjalankan rangkaian pelacuran di Shunde, wilayah Guangdong, dan membunuh pelanggan yang membayarnya menggunakan wang palsu. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan