Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lokasi sekolah tidak mempengaruhi, asalkan ada hati untuk belajar

6:34pm 03/03/2016 Leolerry Lajius 135 views Pendidikan,Tempatan
Netta menunjukkan keputusan SPMnya.-Gambar Oleh Alex Mairin

Netta menunjukkan keputusan SPMnya.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Rajin bertanya dengan guru, menyediakan jadual waktu serta tidak menjadikan tempat atau lokasi sekolah sebagai pengaruh untuk menimba ilmu.

Demikian antara ungkapan dua orang pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2015.

Menurut Netta Lee Hui Ying yang merupakan pelajar terbaik SPM  di Sabah dengan keputusan 9 (A+) 1 (A) 1(A-), menyediakan jadual waktu ulang kaji pelajaran dan sentiasa bertanya dengan guru atau rakan sebaya mengenai subjek yang tidak difahami merupakan rutin yang sentiasa diamalkannya.

“Mempunyai jadual waktu untuk mengulangkaji pelajaran walaupun kadangkala ia tidak diikuti adalah salah satu kunci kejayaan saya kerana boleh dijadikan sebagai rujukan bagi matapelajaran yang saya harus tumpukan,”katanya ketika ditemui media sempena pengumuman keputusan SPM di SMA Kota Kinabalu.

Sementara itu menurut Priscilla Chin Jing Wen yang merupakan salah seorang pelajar sepuluh terbaik di negeri ini dengan mendapat keputusan 8(A+) 2(A-), sentiasa bertanya, mengikuti tuisyen dan tidak menjadikan tempat sebagai mempengaruhi dalam pembelajaran adalah antara faktor kejayaannya.

“Lokasi sekolah tidak mempengaruhi asalkan mempunyai semangat belajar untuk mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran,”katanya.

Pelajar yang bercita-cita untuk menjadi doktor itu turut berazam untuk melanjutkan pelajaran di Universiti tempatan dan akan berusaha untuk mencapai cita-citanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Jame (tengah) bersama pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM tahun 2015.-Gambar Oleh Alex Mairin

Jame (tengah) bersama pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM tahun 2015.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan