Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Loji rawatan air moden RM50 juta bakal dibina di Kuala Penyu

Limus Juri (enam dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama Dr. Ewon  Ebin (tujuh dari kanan) dan Madius (tiga dari kanan) di majlis itu. - foto Aryan De Vera
Limus Juri (enam dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama Dr. Ewon Ebin (tujuh dari kanan) dan Madius (tiga dari kanan) di majlis itu. – foto Aryan De Vera

KUALA PENYU – Masalah bekalan air yang dialami penduduk di daerah ini dan kawasan sekitarnya sejak sekian lama, bakal berakhir apabila projek pembinaan loji rawatan air bersih akan dilaksanakan pada tahun ini

Perkara itu dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu, Limus Jury, bahawa cadangan pembinaan loji air berteknologi tinggi melibatkan kos RM50 juta itu telah diluluskan oleh kerajaan.

Menurut beliau, tapak pembinaan loji rawatan air moden yang menggunakan teknologi tinggi dalam proses penyulingan air payau untuk dijadikan air bersih itu akan dibina di Daerah Kecil Menumbok.

“Difahamkan, projek perintis dan pertama seumpamanya di Malaysia ini akan dibina pada tahun ini sebaik saja proses reka bentuk serta penilaian terperinci selesaikan dilaksanakan oleh jabatan berkaitan,” katanya kepada pemberita dalam majlis rumah terbuka sempena Tahun Baharu Cina yang diadakan di kediamannya di Kampung Melampai, di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Ewon Ebin; Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Nilwan Kabang; Pemangku Presiden UPKO, Datuk Madius Tangau dan Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Isnin Aliasnih.

Limus berkata, pembinaan loji rawatan air moden yang mampu membekalkan sehingga empat juta liter air sehari ini dijangka siap dalam tempoh dua tahun, sekaligus menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan ini secara total.

“Malah, kos penyaluran bekalan air daripada loji ini hasil penyulingan air payau atau masin dilihat lebih menjimatkan kerana diperolehi daripada lokasi berdekatan berbanding loji rawatan biasa di Beaufort ketika ini.

“Ini kerana loji air terlibat terpaksa mendapatkan bekalan air daripada Sungai Padas yang terletak agak jauh hingga menyukarkan proses pengepaman masuk bekalan air untuk disalurkan kepada penduduk setempat,” ujarnya. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan