Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Loji ammonia kedua bakal dibina bersebelahan SAMUR- Bolkiah

KOTA KINABALU:  Sabah Oil & Gas Development Sdn Bhd (SOGDC) bakal membina loji ammonia kedua yang akan dibina bersebelahan dengan Sabah Ammonia Urea (SAMUR).

Menurut Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Bolkiah Ismail, perancangan ini sedang diteliti oleh lembaga pengarah SOGDC di mana ketika ini telah terdapat tiga permohonan iaitu Eurochem, China Consortium dan Markisa dari Petronas.

“Projek ini dianggarkan berjumlah 800 juta USD dan dijangka siap pada tahun 2021,”katanya ketika menjawab soalan ADUN Kuala Penyu Limus Jury, ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Mesyuarat Ke-2 Penggal Ke-5 DUN Sabah yang ke-14, di sini hari ini.

Beliau turut menyatakan SOGDC yang merupakan penggerak Sipitang Oil &Gas Industrial Park (SOGIP) sedang berusaha untuk mencari pelabur-pelabur yang sesuai di mana pelabur-pelabur ini terdiri daripada pelabur yang menggunakan gas asli sebagai sumber utama pemprosesan.

“Pada masa sama SOGDC juga sedang aktif mencari peneraju utama bagi aktiviti ‘downstream’ seperti penyimpanan dan penapisan minyak dan gas.”

“Selain daripada projek Ammonia Urea terdapat juga pelaburan dari Petronas Gas Berhad (PGB) melalui pembinaan saluran paip ‘Sabah Lateral Gas Pipeline’ di bawah kawasan SOGIP yang juga akan memberi pendapatan kepada kerajaan negeri,”katanya.

Tambah beliau, sehingga mei tahun ini, sebanyak 409 peluang pekerjaan tetap wujud di SOGIP secara langsung dan daripada jumlah berkenaan sebanyak 259 jawatan telah diisi oleh penduduk tempatan iaitu 62.6 peratus.-Oleh Leolerry Lajius/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan