Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Loji Air Wallace Bay Perlu Dinaik Taraf – Adun Sebatik

1:12pm 17/03/2016 Pak Roshan 98 views Mutakhir,Tawau,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

TAWAU : Loji air dan empangan di Kampung Wallace Bay, Pulau Sebatik, perlu dinaik taraf bagi menampung keperluan penduduk di pulau berkenaan.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sebatik, Datuk Abdul Muis Picho berkata loji air itu perlu diperbesarkan dan empangan didalamkan agar ia berupaya menampung isipadu air untuk tempoh enam hingga lapan bulan walaupun tiada hujan.

“Saya berharap Jurutera Air Tawau dapat segera membuat kajian tentang perkara ini kerana ini adalah keperluan mendesak bagi penduduk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya dengan menaik taraf loji berkenaan, ia bukan sahaja akan memberi manfaat besar kepada masyarakat Kampung Wallace Bay malah kepada enam buah kampung lain di pulau itu yang belum menerima bekalan air bersih.

Menurutnya pada masa ini loji berkenaan hanya membekalkan air kepada lapan buah kampung.

Sementara, Presiden Majlis Perbandaran Tawau Alijus Sipil berkata, beliau akan membawa isu keperluan menaik taraf empangan dan loji air di pulau tersebut ke Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Alam Negeri.

Katanya pihaknya juga akan memohon peruntukan daripada kerajaan negeri bagi tujuan menghantar air bersih ke Pulau Sebatik jika keadaan kemarau ketika ini makin meruncing.

“Saya juga memohon kerjasama agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Hutan dan Jabatan Air agar mengawal ketat kawasan tadahan air bagi memastikan ia tidak dicerobohi,” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan