Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Logo 1Malaysia di UTC Tawau diturunkan

PEKERJA kontraktor menggunakan sebuah kren dan “skylift” untuk menurunkan logo 1 Malaysia di Bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Tawau hari ini. – Foto Abdul Rahemang Taiming

 

TAWAU: Logo 1Malaysia di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Tawau di sini, diturunkan pagi ini.

Tinjauan NSTP mendapati kerja menurunkan logo berkenaan dilakukan menggunakan sebuah kren dan jentera ‘skylift’ bermula jam 8.30 pagi sebelum berakhir jam 1.30 tengah hari tadi.

Logo 1Malaysia itu adalah cetusan idea bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2009.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini dilaporkan akan menukar gagasan 1Malaysia kepada slogan baharu.

UTC Tawau yang dibangunkan dengan kos RM30 juta dirasmikan Najib pada 9 April lalu.

Ia menjadi pusat sehenti bagi pelbagai perkhidmatan kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan menawarkan perkhidmatan, seperti permohonan pasport, MyKad, khidmat klinik gigi serta pelbagai perkhidmatan agensi kerajaan lain.

Sementara itu, Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Alijus Sipil ketika dihubungi, berkata tindakan menurunkan logo berkenaan adalah atas arahan Kementerian Kewangan yang dilaksanakan di semua Pusat UTC seluruh negara.

“Kerja menurunkan logo itu dilaksanakan kontraktor yang dilantik dan berjalan dengan lancar,” katanya – BH ONLINE

PEKERJA kontraktor menggunakan sebuah kren dan “skylift” untuk menurunkan logo 1 Malaysia di Bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Tawau hari ini. Foto Abdul Rahemang Taiming

Komen


Berita Berkaitan