Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

LLT adakan latihan kecemasan pesawat terhempas

SimulasiI Latihan kecemasan berskala penuh membabitkan pesawat terhempas di Lapangan Terbang Tawau hari ini
SimulasiI Latihan kecemasan berskala penuh membabitkan pesawat terhempas di Lapangan Terbang Tawau hari ini

TAWAU: Seramai 260 orang daripada lebih 10 jabatan dan agensi terlibat menjayakan latihan kecemasan berskala penuh yang menyaksikan simulasi pesawat terhempas di Lapangan Terbang Tawau (LLT), hari ini.

Pengurus LLT, Ya’akub Abu Bakar berkata latihan tersebut wajib diadakan sekali dalam dua tahun untuk semua Lapangan Terbang bagi menguji kecekapan respon masa, peralatan dan kecergasan kakitangan apabila berdepan kejadian tidak diingini.

Menurutnya, latihan kali ini membabitkan simulasi pesawat Kitani Air ATR 72 dari Kota Kinabalu yang terhempas di Tawau pada jam 11.18 pagi yang melibatkan 55 mangsa, termasuk empat anak kapal. Seramai 23 mangsa meninggal dunia, tiga cedera parah dan 29 lagi cedera dalam kejadian itu.

Jabatan dan agensi terlibat simulasi terdiri daripada Malaysia Airports Sendirian Berhad, Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Air Asia dan MAS, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), polis dan Hospital Tawau.

Selain itu, turut terlibat adalah Jabatan Air, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) dan Majlis Perbandaran Tawau (MPT).-Alanna Adam/Sayangsabah

 

Komen


Berita Berkaitan