Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

LKS, LGE Sila Jaga Perangai Anda Di Sarawak – Adenan

11:22am 27/04/2016 Pak Roshan 259 views Mutakhir,Politik
Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng

Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem menasihatkan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng agar lebih menjaga tingkah laku semasa berada di Sarawak sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 kali ini.

Beliau menjelaskan bahawa tugas menghalang kemasukan penduduk dari Semenanjung atau Sabah ke Sarawak bukan sekadar terhadap mana-mana pemimpin tertentu parti pembangkang atau badan bukan kerajaan (NGO).

Malah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak itu berkata, beliau juga boleh menghalang jika ada pemimpin UMNO di samping parti komponen BN lain sendiri yang cuba membawa politik kebencian di bumi kenyalang.

“Saya tidak teragak-agak usir mereka sekiranya mahu mencetuskan suasana politik tidak sihat di sini,” tegas Adenan pada sesi pertemuan khas dengan media di kompleks Dewan Undangan Negeri lama di sini, malam Selasa.

Namun begitu, alasan utama beliau berbuat demikian kerana tidak mahu budaya politik agresif dari Semenanjung dibawa ke Sarawak kerana ia didapati kemungkinan besar boleh melahirkan sifat kebencian apabila tiba ke sini.

Adenan Satem

Adenan Satem menjawab soalan ketika sesi bertemu wartawan di kompleks DUN Lama di Kuching, Sarawak.

Sehingga ini dianggarkan lebih 40 pemimpin politik serta NGO propembangkang selain aktivis UMNO dihalang ke Sarawak antaranya Teresa Kok, Tony Pua, Nurul Izzah Anwar, Rafizi Ramli, Mohamad Sabu dan Ibrahim Ali.

Kerajaan negeri Sabah dan Sarawak memiliki kuasa autonomi dalam isu imigresen bagi menyekat kehadiran warga Semenanjung sebagai antara perkara dipersetujui ketika pembentukan Persekutuan Malaysia pada 1963 lalu.

Adenan juga menjelaskan sebab kenapa beliau membuat kejutan apabila tetap membenarkan kemasukan Guan Eng dan bapanya, Kit Siang ke Sarawak adalah kerana mereka didapati masih lagi berkelakuan baik setakat ini.

Bagaimanapun pada masa sama, beliau menasihatkan kedua-dua pemimpin terkenal DAP itu agar memelihara tingkah laku ketika berada di negeri tersebut untuk membantu kempen parti pembangkang. – Mynewshub.cc/HAA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan