Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

LKM SASAR RM6 BILION PENDAPATAN EKSPORT KOKO PADA 2020

KOTA KINABALU: Lembaga Koko Malaysia (LKM) menyasarkan pendapatan eksport produk koko sebanyak RM6 bilion menjelang 2020.

Namun, Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, jumlah berkenaan mungkin akan mencatatkan lebih daripada sasaran mereka disebabkan pendekatan yang diambil oleh LKM dalam perusahaan industri berkenaan.

“Dari segi pendapatan eksport koko, kita nak sasarkan kepada RM6 bilion pada 2020.

Ketua Menteri Melaka Adly Zahari (tiga kanan) melawat kilang pembuatan coklat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Koko sambil diiringi oleh Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Mohd Akin (dua kanan). -Gambar SNT/Alfred Petrus

“Tetapi saya fikir dengan pendekatan yang lebih efektif dari LKM, kita boleh sasarkan lebih sehingga RM10 bilion ringgit.

“Kita sekarang berada pada landasan yang betul, cuma ada beberapa cabaran yang sedang yang sedang kita teliti bagi pihak kementerian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Lawatan Ketua Menteri Melaka ke Pusat Penyelidikan Bioteknologi Koko di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) hari ini.

Shamsul menjelaskan, pihaknya juga akan cuba menangani permasalahan yang timbul bagi memastikan industri berkenaan memberikan sumbangan yang baik kepada pendapatan negara.

Sementara itu, tambahnya inisiatif dan tindakan proaktif kerajaan negeri Melaka dalam mengembangkan lagi agro-pelancongan berasaskan koko akan memberikan input yang baik terhadap industri koko dalam negara.

“Ini sesuai dengan dasar komuditi negara yang telahpun diputuskan yang mana tiga perkara penting perlu diberi perhatian iaitu produktiviti koko dan produknya, mempertingkatkan lagi kajian dan pembangunan industri komoditi serta memperkembangkan lagi industri kecil dan sederhana (IKS),” jelasnya. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan