Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

LKIM bina pusat sejuk beku ikan terbesar di Sabah

gambar hiasan
gambar hiasan

SEMPORNA – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan mewujudkan sebuah pusat sejuk beku ikan yang pertama di negeri ini bernilai RM250,000.

Pengerusi LKIM Datuk Irmohizam Ibrahim berkata pusat yang akan diadakan di Sandakan itu akan menjadi tempat penyimpanan ikan terbesar di Sabah dan sebagai tempat pengumpulan tangkapan ikan nelayan di seluruh negeri untuk pasaran luar.

“Sabah kaya dengan hasil laut, LKIM mahu terus membantu nelayan di Sabah kerana negeri ini syurga ikan. Jadi, kita ambil inisiatif ini bagi membantu mengukuhkan industri perikanan di negeri ini sekaligus membantu sosioekonomi para nelayan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Kerja LKIM dan Pemimpin Nelayan Wilayah III Tawau di sini malam tadi.

Katanya, pusat sejuk beku berkenaan juga akan dijadikan contoh kepada lebih banyak pusat seumpamanya untuk diwujudkan di kawasan lain di seluruh negara.

Irmohizam berkata sekiranya model ini berjaya, ia akan dijadikan contoh bagi membantu nelayan kerana industri perikanan adalah warisan negara yang perlu dijaga dan dibangunkan. – Bernama

Komen


Berita Berkaitan