Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Liyana Jasmay akan menetap di Sabah

liyana jasmay

KUALA LUMPUR: Aktres Liyana Jasmay mengakui akan menetap di Sabah sepenuhnya hujung tahun ini.

Berlakon di usia remaja, isteri kepada Fathuddin Mazlan sudah melalui zaman kegemilangannya dan selesa memberi ruang kepada pelapis baru dalam dunia seni untuk berkongsi bakat mereka. Dalam hal ini, Liyana sanggup berkorban termasuklah mengorbankan kecintaannya terhadap dunia lakonan.

“Rumah kami di Sabah masih dalam proses pengubahsuaian. Kata suami saya, berkemungkinan besar hujung tahun ini depan, insya-Allah akan lengkap rumah itu untuk didiami. Dalam hal ini, saya tak kisah untuk korbankan minat berlakon. Tapi kalau ada tawaran yang sesuai saya tak kisah untuk pulang ke ibu kota.

“Ramadan lalu pun saya pernah terdetik untuk berhenti berlakon dan memberi perhatian kepada kerja penerbitan di syarikat sendiri, Mermaid Studios saja. Tengoklah macam mana nanti… belum ada keputusan muktamad. Saya pun sudah mencapai apa yang diingini dalam kerjaya lakonan.

“Selama ini pun saya ada juga berulang alik menemani suami ke Sabah. Suami pun kadang-kadang perlu berulang alik dari Sabah ke Kuala Lumpur untuk bersama saya dan anak. Jadi untuk memudahkan hal ini saya perlu menetapkan satu pendirian iaitu berpindah. Lagipun suami saya bekerja di Sabah,” katanya.

Tambah Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2009, beliau sudah menetapkan syarat dalam lakonan apatah lagi dengan statusnya sebagai isteri orang.

“Watak yang saya bawa tidak boleh lagi ada babak pegang tangan atau nampak hubungan intim. Saya perlu bertegas dalam hal ini kerana hati suami perlu dijaga. Macam produksi sendiri, kalau saya berlakon, saya boleh letak garis panduan sendiri. Cuma kalau ada produksi luar nak ambil saya berlakon mereka kena terima syarat itu,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan