Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

LionsXII Dibubarkan, Pemain Cari Kelab Singapura Lain

9:14pm 05/12/2015 Pak Roshan 53 views Mutakhir,Sukan

lionsxiiii

SINGAPURA – Hanya seminggu selepas digugurkan daripada Liga Super Malaysia (MSL), kelab pelapis Singapura LionsXII kini dianggap sebagai tidak lagi wujud, lapor akhbar percuma edaran petang, TODAY pada Jumaat.

Pasukan muda tersebut yang beraksi dalam kejohanan bola sepak MSL dan Piala Malaysia sejak 2012, akhirnya secara rasmi dibubarkan oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), berkuatkuasa dengan serta merta.

Keputusan berkenaan telah diumumkan kepada kesemua pemain LionsXII dalam satu mesyuarat yang diadakan di Kolej Tengah ITE di Ang Mo Kio pada 4 Disember lalu, menurut stesen milik pemerintah, Channel NewsAsia.

Menurut mereka yang hadir, satu sebab mengapa FAS memutuskan untuk tidak menyertakan LionsXII dalam Liga S, ialah kerana tidak sesuai menyertakan dua kelab di bawah naungannya sama-sama bertanding dalam liga sama.

Menurut salah seorang sumber: “Memandangkan Young Lions sudahpun menyertai Liga S, FAS tidak dapat turut menyertakan LionsXII ke dalam liga domestik reublik tersebut.

“Ini turut berdasarkan kepada peruntukan undang-undang FIFA, badan induk bola sepak dunia – iaitu sesebuah pertubuhan kebangsaan tidak dibenarkan menyertakan dua kelab bola sepak dalam liga yang sama.

“Malah, matlamat FAS ialah membangunkan pemain-pemain muda. Young Lions adalah skuad muda iaitu para pemain berusia bawah 23 tahun, manakala LionsXII sudah pun dianggap pasukan mapan.”

lionsxii

Keputusan ini bermakna, pemain LionsXII perlu cuba menyertai kelab-kelab dalam Liga S, namun difahamkan, FAS akan memanggil semula kebanyakan daripada pemain itu bagi menghadapi Liga Super ASEAN 2017.

Persatuan tersebut dijangka mewujudkan sebuah pasukan baharu, yang namanya buat masa ini ialah ‘Singapore Lions‘ sebagai persiapan awal untuk kempen dalam saingan liga 10 negara rantau Asia tenggara berkenaan.

Ramai pemain belum dapat memuktamadkan perjanjian dengan kelab dalam Liga S kerana FAS sebelum ini beri jaminan mereka akan diberi kontrak untuk meneruskan kerjaya bola sepak dan gaji sama, bagi musim 2016.

“Pihak-pihak kelab bola sepak berkata, mereka belum diberitahu oleh FAS berapa banyak tokokan yang akan diberikan, supaya mereka dapat memberikan kami gaji setara,” kata seorang pemain yang enggan dinamakan.

“Kami berharap hal perpindahan ini dapat diselesaikan secepat mungkin, kerana kami juga ingin semuanya berakhir, sekali gus kami bebas boleh menyertai mana-mana kelab baharu,” tambah pemain berkenaan.

FAS dilaporkan bertemu dengan pegawai Liga S untuk membincangkan bagaimana pemain LionsXII akan diserap ke dalam kelab berlainan menerusi tiga cara – pasaran terbuka, sistem draf atau gabungan kedua-duanya.

Agensi berita tempatan, MediaCorp difahamkan, kelab ternama Tampines Rovers, yang juga juara Liga S sebanyak lima kali, kini dalam perbincangan dengan beberapa orang pemain tertentu daripada LionsXII.

The Stags, yang tewas di tangan Brunei DPMM dalam Liga S minggu lalu; merancang menerima khidmat penjaga gawang, Izwan Mahbud; pemain pertahanan Madhu Mohana dan Hafiz Abu Sujad; serta sayap, Christopher Van Huizen.

“Kami sudah capai persetujuan dengan Izwan. Jika dia dapat tempat di kelab Jepun, Matsumoto Yamaga, kami akan melepaskannya. Jika tidak, dia akan sertai kelab kami,” kata seorang pegawai kelab yang enggan dinamakan.

Pemain utama lain seperti Safuwan Baharudin dan Khairul Amri mempertimbangkan tawaran daripada pasukan-pasukan Malaysia manakala pemain sayap Gabriel Quak berkata, dia dalam perbincangan dengan beberapa kelab.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan