Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

LINDUNGI 14 PEKERJA PTI, WARGANEGARA DITAHAN

Seorang warganegara tempatan antara yang ditahan dalam operasi PTI-Gambar SNT/Ehsan Polis

KOTA BELUD: Seorang warga tempatan berumur 20 tahun ditangkap kerana melindungi 14 Pendatang Tanpa Izin (PTI) dalam satu Operasi PTI di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Superintendan Mohd Zaidi Abdullah berkata, serbuan yang dibuat pada tengah malam sehingga 4.30 pagi itu dijalankan di tiga lokasi iaitu rumah kongsi agensi Pembangunan Perhutanan Sabah (Safoda) Kg. Sarang Dudar, pembinaan bangunan sarang burung Kampung Kawang 2 dan rumah kongsi tapak pembinaan rumah Kampung Bangkahak.

“Operasi memakan masa selama 4 jam 30 minit dan kesemua tangkapan telah dibawa ke IPD Kota Belud untuk proses dokumentasi.

“Seramai 24 orang telah diperiksa dalam operasi berkenaan dan setelah proses dokumentasi seramai 14 orang telah di tangkap di bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan