Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lin Dan Raih Gelaran Sulung Kejuaraan Terbuka Malaysia

KUCHING – Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei gagal menambah koleksi kejuaraan ke-12 Terbuka Malaysia, sekali gus memberi seteru utamanya, Lin Dan gelaran pertama kejohanan ini.

Lin Dan jelas masih lawan yang liat buat Chong Wei apabila tunduk 19-21, 14-21 dalam aksi final impian perseorangan lelaki antara dua pemain handalan dunia di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di sini hari ini.

Chong Wei yang menundukkan Lin Dan di gelanggang sama pada 2006 untuk gelaran ketiganya di Terbuka Malaysia, gagal menamatkan set pertama ketika mendahului 19-15 dan kesempatan itu membolehkan Lin Dan bangkit untuk menang 21-19.

Set kedua nyata milik Lin Dan biarpun Chong Wei mendapat sokongan gemuruh penonton, bagi menamatkan rentetan tiga kekalahan kepada pemain negara dalam pertemuan terakhir mereka termasuk di separuh akhir Sukan Olimpik Rio.

Ia juga menamatkan impian Chong Wei, juara 11 kali Terbuka Malaysia, untuk mendapatkan gelaran ke-12 di kejohanan ini.

Rekod pertemuan mereka kini pada 26-12 yang berkelebihan kepada Lin Dan. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan