Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lima warga asing cuba masuki negara ini tanpa permit

Lima orang suspek yang cuba memasuki negara ini tanpa permit yang sah.
Lima orang suspek yang cuba memasuki negara ini tanpa permit yang sah.

SANDAKAN- Lima orang warganegara asing yang dipercayai cuba memasuki negara ini tanpa permit yang sah telah ditahan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 menerusi Op Pensura di perairan Batu 3, tengah malam Khamis.

Komandernya, ACP Mohamad Bin Madun berkata, kesemua suspek terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita yang berumur lingkungan 16 tahun hingga 74 tahun dan tidak mempunyai keterangan diri yang sah.

Katanya, kejadian berlaku lebih kurang jam 12.10 tengah malam apabila bot ronda PGR 7 terserempak dengan sebuah bot laju yang mencurigakan.

Menurut beliau, bot itu enggan berhenti dan memecut laju apabila dihampiri sehingga terkandas di kawasan cetek. Juragan kemudian bertindak melarikan diri meninggalkan kesemua penumpang.

Kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 6(1)C Akta Imigresen yang memperuntuk hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali dan dikenakan sebatan tidak lebih dari 6 kali sebatan.- AA/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan