Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lima Wanita Terbabit Kegiatan Pelacuran Ditahan

Antara tukang urut wanita warganegara asing yang ditahan polis di sebuah premis reflexsologi yang disyaki menjalankan kegiatan pelacuran di sekitar kawasan Inanam, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Ehsan IPD Kota Kinabalu

 

KOTA KINABALU: Lima wanita termasuk tiga warga asing ditangkap di sebuah pusat urut di kawasan Inanam kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan pelacuran semasa serbuah Ops Noda, semalam.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji memberitahu, kesemua suspek berumur dalam lingkungan 25 hingga 68 tahun diberkas dalam ops tersebut pada pukul 10.05 malam.

Habibi berkata, sepasukan polis dari Cawangan D7 Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis (IPD) Kota Kinabalu telah membuat serbuan dan pemeriksaan di sebuah premis menjalankan perniagaan perkhidmatan urut di Inanam kerana disyaki menjalankan kegiatan pelacuran oleh warga asing yang merupakan pekerja premis berkenaan.

“Hasil maklumat awam, polis telah menangkap dua wanita berumur 25 dan 68 tahun yang merupakan penjaga premis dan tiga wanita China masing-masing berumur 34, 38 dan 41 tahun yang merupakan pekerja premis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lokasi premis perniagaan perkhidmatan urut yang disyaki menjalankan kegiatan pelacuran di sekitar kawasan Inanam, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Ehsan IPD Kota Kinabalu

 

Pemeriksaan lanjut ke atas premis itu, kata Habibi lagi, pihaknya merampas barangan yang digunakan untuk aktiviti pelacuran dan lesen perniagaan.

Ujarnya, pertuduhan bagi kes itu adalah mengikut Seksyen 373 Kanun Keseksaan iaitu menguruskan rumah persundalan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Selain itu, Seksyen 372 B Kanun Keseksaan iaitu menawarkan perkhidmatan seks bagi tujuan pelacuran yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – Oleh Sitti Nor Azizah Talata/SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan