Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lima wanita bertumbuk, anak tercicir

Gelagat wanita memakai burga bergaduh di tepi jalan. FOTO Cen

 

Riyadh: Gelagat lima wanita memakai burqa bergaduh di bahu jalan hingga salah seorang mendukung anak terjatuh mengejutkan pemandu lalu-lalang.

Kejadian yang sempat dirakam orang awam itu menunjukkan kumpulan wanita terbabit bertumbuk sesama sendiri tanpa mempedulikan orang lain.

Kejadian itu dikatakan berlaku di ibu kota Arab Saudi, Riyadh.

Salah seorangnya memberi tumbukan bertubi-tubi ke arah seorang lagi wanita yang menggendong anaknya hingga kanak-kanak itu terlepas ke jalan.

Wanita itu cuba mengambil anaknya namun budak malang itu terjatuh semula ketika ibunya cuba mempertahankan diri daripada terus dibelasah manakala tiga lagi wanita terus bergaduh tidak jauh dari situ.

Beberapa penunggang motosikal yang melihat kejadian itu hanya melalui kawasan itu tanpa melakukan apa-apa. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan