Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lima remaja ditahan

9:09pm 22/06/2016 Elezebeth Esther Onjining 5175 views Tempatan
Pihak polis bersama DBKK membuat operasi  di kawasan kejadian, pagi tadi

Pihak polis bersama DBKK membuat operasi di kawasan kejadian, pagi tadi

KOTA KINABALU- Lima orang remaja termasuk dua remaja perempuan terlibat dalam aktiviti hidu gam di bumbung sebuah bangunan di Kampung Air yang menjadi viral dalam sosial media ditahan dalam satu operasi di kawasan tersebut, hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner M.Chandra, pihak polis bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) membuat operasi di kawasan tersebut pada jam 9.55 pagi tadi.

Katanya, dua daripada mereka ditangkap ketika turun melalui tangga bumbung bangunan manakala tiga orang ditahan di sekitar Kampung Air.

” Kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu dan didokumentasikan.

” Empat daripada mereka mengaku menghidu gam di kawasan bumbung bangunan tersebut tiga bulan lalu. Manakala, seorang lagi hanya menemankan mereka di sana,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, kesemua remaja tersebut pergi ke tempat itu memandangkan terdapat rakan- rakan mereka tinggal bersama keluarga di kawasan berkenaan.

” Kesemua mereka telah menjalani ujian saringan dan bebas dari sebarang penyalahgunaan dadah,”katanya.

Sehubungan itu, Chandra berkata tiada sebarang tindakan undang- undang boleh diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya dan Akta Racun.

Walau bagaimanapun, katanya, tiga daripada remaja tersebut akan dihukum kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan dua lagi akan ditahan dibawah Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen kerana tidak mempunyai dokumen sah.

” Ibubapa kepada tiga remaja telah dipanggil dan diberi nasihat agar menjaga dan memantau pergerakan serta disiplin anak- anak mereka dengan lebih kerap agar tidak terjebak dalam gejala sosial,” ujarnya.

Selain itu, Chandra berkata bahawa pihak polis akan berbincang dengan DBKK supaya menasihati pemilik- pemilik bangunan membuat halangan pada bangunan mereka bagi mencegah orang- orang tidak berkenaan naik ke atas bumbung melakukan perkara yang tidak diingini.

” Pihak polis dan DBKK juga akan merancang operasi di kawasan berhampiran bagi menangani masalah kanak-kanak jalanan dan gejala sosial,”katanya. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Chandra bersama lima remaja yang terlibat dalam aktiviti hidu gam yang viral di media sosial, pagi tadi

Chandra bersama beberapa remaja yang terlibat dalam aktiviti hidu gam yang viral di media sosial, pagi tadi

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan