Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,752

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lima projek sistem tenaga elektrik telah diluluskan untuk Pantai Timur Sabah

12:47pm 23/11/2016 Leolerry Lajius 22 views Kota Kinabalu,Laporan Sidang DUN,Tempatan

KOTA KINABALU: Kerajaan Pusat melalui Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) telah meluluskan lima buah projek sebagai salah satu langkah untuk meningkatkan kualiti penyampaian sistem tenaga elektrik di Pantai Timur Sabah.

Menteri Pembangunan Infrastruktur Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, projek ini melibatkan, projek pemindahan tarbin gas Melawa 18MW, projek janakuasa baharu berkapasiti 30MW di Lahad Datu, projek loji janakuasa baharu berkapasiti 60MW di Pelabuhan Kontena Palm Oil Cluster (POIC) Sandakan dan projek janakuasa kitar padu gas berkapasiti 300MW di POIC.

Projek ini juga melibatkan satu projek di bawah pembangunan sumber Renewable Energy (RE) di bawah skim Feed-in Tarif dan Large Scale Solar (LSS) yang meliputi loji biomass, biogas, mini hidro dan geothermal dan terdapat 21 stesesn RE dengan jumlah kapasiti sebanyak 126.4 MW telah dan sedang dibangunkan di kawasan Pantai Timur Sabah bermula pada tahun 2012 hingga tahun 2018.

Beliau turut menyatakan, Sabah Electricity SDN. BHD. (SESB) juga telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan pemuliharaan dan pemindahan tarbin gas Gantisan 36MW daripada Stesen Janakuasa Gantisan Barge yang terletak di Jeti Sinora ke stesen Janakuasa Batu Sapi.

“Inisiatif fast track ini dapat disiapkan pada bulan Jun tahun hadapan dengan tempoh pelaksanaan projek adalah 10 bulan.”

“Projek ini dapat dilaksanakan segera memandangkan set generator sedia ada hanya perlu dibaikpulih dan fasiliti serta infrastruktur untuk cadangan loji ini juga telah tersedia,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukan oleh ADUN Elopura Datuk Au Kam Wah yang bertanyakan tentang status terkini terhadap penambahan loji penjanaan kuasa 330MW di Pantai Timur Sabah ketika Persidangan DUN ke-14 Negeri Sabah, hari ini.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan