Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lima Penjawat Awam Di Sabah Akan Ditahan Dalam Tempoh Terdekat – SPRM

KOTA KINABALU, 8 Ogos – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malayia (SPRM) di sini mendedahkan akan menahan sekurang-kurangnya lima penjawat awam di Sabah  dalam  tempoh  terdekat berkaitan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Pengarah SPRM Sabah Datuk Sazali Salbi berkata, individu-individu berkenaan bertugas di sebuah agensi kerajaan di Sabah namun enggan mendedahkan nama agensi berkenaan.

“Akan ada tangkapan dalam tempoh terdekat ke atas sebilangan pegawai dari sebuah agensi pada bulan ini. Tunggu saja masanya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Kempen Kibar Jalur Gemilang di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Sazali berkata, bilangan penjawat awam yang akan diberkas berkenaan melebihi lima orang tetapi kurang daripada 10 orang dan tangkapan akan dilakukan selewat-lewatnya selepas 20 Ogos.

“Siasatan masih dijalankan. Pagi tadi pun, saya dan pegawai saya  telah  bermesyuarat  untuk  merancang strategi bagi melaksanakan operasi itu nanti,” katanya.

Beliau juga berkata, satu lagi operasi ke atas sebuah agensi di Sabah akan dilaksanakan padaan September depan namun beliau enggan mengulas lanjut.

“Saya sudah membentangkan cadangan operasi itu di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya dan mereka bersetuju operasi itu dilaksanakan,”katanya.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan