Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,768

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lima Pati Ditahan Dalam Ops Ikrar Di Tawau

7:29pm 25/11/2016 Pak Roshan 495 views Jenayah,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

TAWAU : Jabatan Imigresen Tawau menahan lima pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Op Ikrar di beberapa lokasi di sini, semalam.

Ketua Pejabatnya Noraini Rasi berkata kesemua lima pati ditahan dalam serbuan bermula 10 pagi itu, terdiri daripada empat warga Indonesia dan seorang rakyat Filipina.

“Turut ditahan seorang majikan tempatan, dan kesemua mereka berumur 24 hingga 43 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Beliau berkata sepanjang operasi berkenaan, 46 orang diperiksa di kawasan kedai, stesen bas, kawasan perumahan dan Jalan Apas.

Noraini berkata kesemua PATI itu ditahan mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan dan pengenalan diri yang sah.

“Sementara itu, majikan terbabit ditahan mengikut Seksyen 55 (b) akta sama,” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan