Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lima Nelayan Ditahan Guna Pukat Tunda Tanpa Lesen Di Tawau

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

TAWAU : Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan lima nelayan dan merampas lima bot kerana menangkap ikan menggunakan pukat tunda tanpa lesen di perairan daerah ini, Isnin lepas.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, ACP Mohamad Madun berkata kelima-lima lelaki berumur 25 hingga 40 tahun itu ditahan dalam Ops Paradise kira-kira pukul 11.15 pagi di perairan Batu Payung.

“Ketika ditahan kesemua mereka sedang memukat di kawasan berkenaan dan apabila diperiksa kesemua mereka gagal menunjukkan lesen untuk membolehkan mereka melakukan aktiviti itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya akan terus komited membantu jabatan lain dalam mencegah sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang di kawasan perairan daerah ini.

Sehubungan itu, Mohamad meminta agar nelayan dan pengusaha bot pukat tunda dapat memberi kerjasama dalam mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. — BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan