Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lima maut tiga belum ditemui

Jeniffer (lima dari kiri) bersama enam anak anaknya serta Sarah Margaret (kanan sekali) terbabit dalam kejadian. FOTO The Press Democrat via KATU

 

Los Angeles: Lapan sekeluarga termasuk enam kanak-kanak dikhuatiri maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki dipercayai terbabas dan terjunam ke dalam gaung di laluan pesisir pantai di Utara California awal minggu ini, kata polis.

Mayat Jennifer Jean Hart, 38 dan isterinya Sarah Margaret Hart, 38 ditemui di dalam kenderaan jenis GMC Yukon selepas pemandu lain terlihat sebuah kereta tersadai di bahagian bawah tambak pantai di Mendocino County, utara San Francisco, Isnin lalu.

Tiga daripada enam anak mangsa, semuanya remaja ditemui mati di luar kenderaan.

Pegawai penguat kuasa undang-undang berkata tiga lagi anak mangsa masih hilang. 

Tetapi, Sheriff Mendocino County Tom Allman berkata hari ini, semua enam anak mangsa dipercayai berada di dalam kenderaan berkenaan ketika terjunam dari tebing.

“Kami mempunyai petunjuk mengatakan bahawa semua enam anak mangsa berada di dalam kereta. Walau bagaimanapun, hanya tiga mayat ditemui,” kata Allman.

Beliau tidak mengatakan sama ada tiga kanak-kanak yang hilang itu terselamat.

Katanya, keadaan di tempat kemalangan ‘pelik’ kerana kenderaan itu dipandu 23 meter di laluan denai sebelum terjunam tanpa sebarang tanda brek atau tergelincir. – Reuters/HMetro

Komen


Berita Berkaitan