Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lima mati tram bertembung

tram

Bangkok: Lima mati manakala lebih 30 lagi cedera selepas dua tram yang digunakan bagi membawa pengunjung ke sekitar Zoo Kao Suan Kwang di wilayah Khon Kaen, timur Thailand, bertembung.

Jurucakap polis, Kolonel Pichit Deeya, berkata kejadian berlaku apabila pemandu satu tram gagal mengawal kenderaan itu kerana masalah brek lalu merempuh sebuah lagi tram.

Menurutnya, pertembungan itu menyebabkan kedua-dua tram terbalik dan menghempap seorang penumpang yang mati di tempat kejadian.

“Empat lagi, termasuk seorang budak perempuan berusia dua tahun, mati di hospital dan semua mangsa adalah rakyat Thailand,” katanya.

Selain itu, kira-kira 10 kanak-kanak berusia antara tiga hingga 12 tahun juga cedera. – AP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan