Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lima mati dipukul disangka penculik

Kenderaan yang musnah selepas diserang kerana disyaki penculik akibat penularan khabar angin penculikan kanak-kanak di India. – FOTO AFP

 

POLIS India berkata, pihaknya menahan 23 orang selepas lima lelaki mati dipukul sekumpulan samseng dalam satu lagi insiden keganasan kejam di negara itu.

Media tempatan menganggarkan lebih 25 orang dibunuh sejak beberapa bulan lalu dalam kes serupa disebabkan penularan khabar angin palsu di telefon pintar membabitkan penculikan kanak-kanak atau tuduhan mencuri atau gangguan seksual.

Insiden terbaharu membabitkan lapan lelaki yang datang ke daerah Dhule, sejauh 330 kilometer dari Mumbai di barat negeri Maharashtra, semalam.

Polis berkata, serangan bermula selepas penduduk tempatan terlihat seorang daripada lapan lelaki terbabit bercakap dengan seorang kanak-kanak selepas turun dari sebuah bas berhampiran kampung Rainpada.

“Penduduk kemudian berjumpa lelaki terbabit selepas mengesyaki mereka adalah penculik kanak-kanak,” kata ketua polis Dhule, M Ramkumar kepada AFP, hari ini.

Tiga daripada lelaki terbabit berjaya melarikan diri, namun lima daripadanya diheret ke pejabat majlis perkampungan dan dipukul sehingga mati menggunakan kayu serta objek keras.

Polis berkata, mereka mengenal pasti penyerang yang disyaki daripada satu rakaman video ketika serangan. Katanya, 12 suspek lain masih diburu. – AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan