Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lima lemas cuba selamat wanita bunuh diri

Mayat seorang mangsa yang berjaya dibawa keluar dari sungai. - Foto shanghaiist.com
Mayat seorang mangsa yang berjaya dibawa keluar dari sungai. – Foto shanghaiist.com

Beijing: Lima orang mati lemas ketika cuba menyelamatkan seorang wanita yang cuba membunuh diri dengan terjun ke dalam sungai di wilayah Gansu, utara China.

Menurut polis, wanita berusia 19 tahun itu minum bersama beberapa rakannya di tepi sungai semalam, apabila dia tiba-tiba berkata tidak lagi mahu hidup lalu terjun ke dalam sungai di bandar Dunhuang.

Rakan sekerjanya berjaya menyelamatkannya namun dia sekali lagi terjun ke dalam sungai dan kali ini, empat rakannya lemas ketika cuba menyelamatkannya.

Seorang lelaki yang berniaga di tepi sungai itu juga juga lemas dalam usaha menyelamatkannya dan wanita yang mahu diselamatkan itu juga mati lemas. – AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan