Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,504

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lima Lelaki Terlibat Kes Pecah Rumah Dan Samun Di Kota Kinabalu Ditahan

8:26am 30/05/2014 Pak Roshan 611 views Kota Kinabalu,Tempatan

pic-59

KOTA KINABALU– Polis menahan lima lelaki dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah dan samun dalam dua kejadian berasingan di sekitar bandar raya ini.

Ketua Polis Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun berkata kesemua yang ditahan berumur lingkungan 20 hingga 29 tahun.

Beliau berkata dalam kejadian pertama, polis menahan seorang lelaki berumur lingkungan 20-an di Penampang pada pukul 12.10 pagi tadi kerana disyaki terlibat dalam kes pecah masuk rumah di sekitar Kota Kinabalu termasuk di Tanjung Aru dan Open University, Kepayan.

“Susulan penangkapan lelaki itu, polis mengesan tiga lelaki yang terlibat melakukan jenayah yang sama ditangkap di sekitar Jalan Sembulan Lama dan Kuarters Perumahan Keretapi Sabah antara pukul 1.30 pagi hingga 3 pagi tadi,” katanya pada sidang akhbar di sini Khamis.

Beliau berkata keempat-empat suspek turut mengaku terlibat dalam kes rompakan di Tanjung Aru pada 20 April lepas.

Jauteh berkata antara barangan yang dirampas termasuk motosikal, telefon bimbit milik mangsa ragut berserta barangan curi lain selain peralatan mencuri seperti pisau.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan