Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lima lelaki ditahan masuk perairan Lahad Datu secara haram

LAHAD DATU, 30 Sept (Bernama) — Lima lelaki yang cuba memasuki negara ini secara haram menerusi perairan Tanjung Labian dekat sini ditahan semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Nasri Mansor berkata, kesemua mereka ditahan selepas sepasukan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) yang sedang menjalankan Operasi Gelora terserempak dengan sebuah bot laju dari arah perairan Filipina menuju ke perairan Tanjung Labian pada jam 6.05 petang.

“Menyedari kehadiran pasukan keselamatan, bot berkenaan cuba melarikan diri dengan berpatah balik ke arah perairan Filipina namun berjaya ditahan oleh pasukan keselamatan selepas 15 minit.

“Pemeriksaan ke atas bot mendapati juragan dan empat penumpang berumur 35 hingga 53 tahun itu tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya turut dirampas sebuah bot laju bersama satu unit enjin sangkut dan wang tunai Filipina bernilai 20 peso.

Beliau berkata kesemua suspek kini direman mengikut prosedur SOSMA dan kes disiasat mengikut Seksyen 26 Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan