Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lima Kategori Ibu Tunggal Boleh Mendaftar Dengan PITSA

ibu tunggal

KOTA KINABALU– Persatuan Ibu Tunggal Sabah (PITSA), yang berdaftar di bawah Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, menetapkan lima kategori ibu tunggal yang boleh mendaftar dengannya.

Pengerusi PITSA Norhanida Annol berkata kategori berkenaan ialah kematian suami, penceraian, ditinggalkan suami secara “gantung tidak bertali”, ibu tunggal yang mengambil anak angkat dan ibu tunggal tidak bernikah disebabkan faktor tidak dijangka.

“Setakat ini, seramai 10,000 ibu tunggal berdaftar dengan PITSA…kami juga ada wakil di setiap daerah di Sabah (untuk mudahkan pendaftaran ibu tunggal),” katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran PITSA di sini, Sabtu.

Majlis itu turut dihadiri anggota persatuan dari Karambunai, Papar, Nabawan, Membakut,Penampang, Likas, Tuaran dan Sepanggar.

Norhanida berkata pelbagai program dianjurkan untuk anggotanya termasuk kursus kraftangan, kecantikan dan kesihatan wanita, menjahit, membuat kuih serta penanaman dan penggunaan herba bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

PITSA juga membantu ibu tunggal mendalami hak mereka sebagai wanita serta mempelajari undang-undang syariah dan sivil.

Menurutnya kira-kira 5,000 ibu tunggal belum mendaftar dengan persatuan itu.

“Ini menunjukkan bilangan ibu tunggal meningkat dari semasa ke semasa dan berharap kerajaan terus menyalurkan peruntukan kepada persatuan untuk merealisiasikan misi kami sepenuhnya,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan