Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lima ditahan lakukan pemburuan haram

Dua laras senjata api buatan sendiri yang turut dirampas. - foto ihsan JHLS
Dua laras senjata api buatan sendiri yang turut dirampas. – foto ihsan JHLS

SIPITANG – Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) menahan lima lelaki untuk membantu siasatan berhubung kes pemburuan haram di Mendulong, di kawasan Jabatan Perhutanan Sabah (SFI), Sipitang pada 5 Februari lalu.

Timbalan Pengarah JHLS, Augustine Tunga berkata, kesemua suspek dikenalpasti sebagai warganegara Malaysia dipercayai melakukan pemburuan haram dan mereka juga didapati tidak mempunyai lesen memburu komersial.

“Dalam operasi penguatkuasaan JHLS baru-baru ini, kita telah merampas dua ekor haiwan iaitu babi hutan yang telah dipotong dan dirampas seberat lebih 50 kilogram di kawasan tersebut.

“Dalam operasi tersebut, dua laras senjata buatan sendiri atau `bakakuk’ dan beberapa butir peluru hidup turut dirampas. Kesemua suspek telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Augustine berkata, jabatan itu akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan bagi membendung jenayah hidupan liar di Sabah sambil menambah pihaknya turut menerima pelbagai laporan dari orang awam mengenai jenayah hidupan liar yang berlaku di sekitar kawasan mereka.

“Ini menunjukkan bahawa orang awam telah menunjukkan rasa tanggung jawab untuk sama-sama meindungi hidupan liar di Sabah. Saya berharap agar lebih ramai lagi yang tampil untuk menyalurkan maklumat ke jabatan saya agar jenayah hidupan liar tidak berleluasa,” ujarnya.

Orang awam dimohon untuk menyalurkan maklumat menerusi talian 012 801 9289 atau melalui email kepada [email protected]. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan