Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lima ditahan, 33 motorsikal disita di Tawau

TAWAU: Seramai 300 warga asing disyaki pendatang tanpa izin diperiksa oleh pihak berkuasa dalam Op Lejang dan Op Cegah Jenayah di sekitar pasar tamu Ladang Dumpas Brumas di sini awal pagi semalam.

Daripada jumlah itu, lima warga asing berumur antara 20 hingga 35 tahun, ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah dalam operasi pada jam 6.00 pagi itu.

“Pemeriksaan lanjut polis mendapati salah seorang daripada lima lelaki yang ditahan itu  turut memiliki dadah syabu, manakala tiga yang lain positif dadah selepas selepas ujian air kencing dijalankan ke atas suspek terbabit,” kata Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah.

Katanya, kesemua empat suspek terbabit kemudian direman untuk siasatan lanjut mengikut Akta Dadah Berbahaya.

Sementara itu, Awang Besar juga berkata, sebanyak 33 buah motorsikal disita setelah ditinggalkan oleh penunggang dipercayai bagi mengelak pemeriksaan pihak berkuasa dalam satu sekatan jalanraya.

“Motorsikal yang disita itu kemudian dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut,” katanya lagi sambil menambah bahawa 30 keping saman turut dikeluarkan ke atas pengguna jalanraya atas pelbagai kesalahan lalulintas.

Justeru itu, polis memberi tempoh sebulan kepada para pemilik motorsikal terbabit supaya tampil ke Balai Polis Bombalai, dengan membawa dokumen berkaitan yang sah untuk proses tuntutan.

“Sekiranya pemilik gagal membuat tuntutan dalam tempoh masa yang ditetapkan, proses lelongan akan dijalankan oleh pihak berkuasa,” katanya lagi.  – Oleh MASANI SANDAN / Sayangsabah

DISYAKI MOTORSIKAL CURI… Ketua Balai Polis Bombalai, Ahmad Jailani (kiri) bersama seorang anggota polis, memeriksa sebuah motorsikal yang disyaki dicuri. – foto Masani Sandan / Sayangsabah

DISYAKI DICURI… Ketua Balai Polis Bombalai, Ahmad Jailani (kiri) bersama seorang anggota polis, memeriksa sebuah motorsikal yang disyaki dicuri. – foto Masani Sandan / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan