Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lima bulan penjara akibat miliki senjata berbahaya

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

KOTA KINABALU- Seorang lelaki tempatan dijatuhkan hukuman lima bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan memiliki senjata berbahaya di tempat awam.

Herman Kudang, 37, mengaku bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya itu.

Beliau didapati melakukan kesalahan itu pada 5 Ogos lepas jam 4.30 petang bertempat di sebuah kedai runcit di kampong Air di sini.

Menurut keterangan kes, sebelum tertuduh dibawa ke balai polis, seorang pengadu telah membuat laporan polis pada 5 Ogos dimana tertuduh didakwa memukulnya dengan menggunakan tangan dan perkara itu menyebabkan pengadu membuat laporan polis.

Hasil siasatan polis mendapati tertuduh juga  menyimpan bersamanya sebilah pisau jenis parang berukuran 17.5 inci termasuk hulunya.

Atas kesalahan itu, tertuduh dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana didapati memiliki sejenis senjata berbahaya iaitu sebilah parang tanpa kebenaran sah.

Pendakwaan dikendalikan oleh inspector  Lim Swee Beng.- OLEH DEWIANA TINGGOLONGON/ SayangSabah.

 

Komen


Berita Berkaitan