Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lima buah rumah terbakar, seorang cedera

IMG-20160825-WA0001

SANDAKAN: Seorang lelaki mengalami kecederaan ringan ketika cuba menyelamatkan diri dalam satu kejadian kebakaran rumah yang berlaku di Lorong Mawar 19 Taman Mawar, di sini, semalam.

Mangsa Mohd Khairul Azhar Bin Othman, 25, cedera dalam kejadian yang melibatkan lima buah rumah dengan keluasan 22 kaki lebar dan 30 kaki panjang (setiap rumah) itu.

Menurut pihak bomba,dalam kejadian berkenaan, tiga buah rumah telah terbakar 80 peratus dan dua lagi terbakar 10 peratus di bahagian siling.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada jam 11.43 malam dan tiba di lokasi kejadian sejauh 10 kilometer itu pada jam 11.58 malam.

Operasi yang diketuai oleh PKPgB Razali Ag Ahmad bersama 23 orang anggota itu tamat pada jam 1.32 pagi.-Oleh Leolerry Lajius/SayangSabah

Rumah yang terbabit dalam kejadian berkenaan.
Rumah yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Komen


Berita Berkaitan