Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lima buah rumah musnah dalam kebakaran di Sembulan

Keadaan rumah yang terbabit dalam kejadian berkenaan.
Keadaan rumah yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

KOTA KINABALU: Lima buah rumah musnah selepas terbabit dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Sembulan Tengah, di sini, petang tadi.

Pihak bomba telah menerima makluman mengenai kejadian yang memusnahkan lima buah rumah dengan anggaran keluasan setiap satu 20 kaki lebar dan 30 panjang itu pada jam 2.10 petang.

Operasi yang melibatkan seramai 27 orang anggota itu tamat pada jam 4.34 petang.

Tiada mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan dalam kejadian berkenaan dan punca kebakaran masih disiasat.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Keadaan rumah yang musnah dalam kejadian berkenaan.
Keadaan rumah yang musnah dalam kejadian berkenaan.

Komen


Berita Berkaitan