Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

LIMA BOT TEMPATAN DENGAN 36 AWAK-AWAK VIETNAM DITAHAN

Seramai 36 orang yang disyaki warganegara Vietnam ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MARITIM MALAYSIA) di perairan Labuan. Gambar SNT/Ehsan MARITIM MALAYSIA Labuan

LABUAN: Sebanyak lima buah bot nelayan tempatan bersama 36 orang yang disyaki warganegara Vietnam di perairan Labuan berjaya di tahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan di sini pada Sabtu.

Pengarah Zon Maritim Labuan Kepten Maritim Che Adnan Md Isa berkata kapal Maritim telah mengesan bot-bot berkenaan semasa melaksanakan Operasi Sejahtera dalam keadaan mencurigakan pada jarak 26.6 Batu Nautika Timur Laut Tg. Kubong, Labuan.

Katanya, kesemua bot nelayan kelihatan sedang berkumpul dengan jarak lebih kurang 50 meter antara satu sama lain.

“Kapal Maritim telah bertindak menuju ke arah bot nelayan berkenaan untuk membuat pemantauan dengan lebih dekat.

“Permerhatian awal dengan mata kasar mendapati rupa bentuk bot nelayan tersebut seperti bot nelayan asing Vietnam namun selepas pemeriksaan dibuat mendapati nombor pendaftaran adalah nombor pendaftaran bot nelayan tempatan.

Dua buah bot nelayan ditahan MARITIM MALAYSIA setelah didapati melakukan pengubahsuaian terhadap petak ikan untuk dijadikan tempat penyimpanan minyak diesel di perairan Labuan. Gambar SNT/Ehsan MARITIM MALAYSIA Labuan

“Setelah kapal merapat dan melakukan pemeriksaan ke atas bot nelayan tersebut pada jam kira-kira 11.00 pagi mendapati kesemua awak-awak termasuk tekong berumur lingkungan 16 tahun hingga 57 tahun adalah warganegara Vietnam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Che Adnan berkata, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua awak-awak mempunyai pengenalan diri dan dokumen seperti lesen bot serta lesen perikanan yang meragukan.

Tambahnya, kesemua bot nelayan menggunakan lesen pukat rawai.

“Bagaimanapun terdapat di antara bot nelayan terbabit membawa pukat yang tidak dilesenkan dan dua buah bot nelayan yang ditahan didapati melakukan pengubahsuaian terhadap petak ikan menjadi tempat penyimpanan minyak diesel.

“Kesemua bot dan awak-awak ditahan dan dibawa ke jeti Zon Maritim Labuan untuk disiasat di bawah Akta Perikanan 1985,” jelasnya.

Tambah beliau lagi, orang awam dimohon menyalurkan maklumat segera bagi menghalang kegiatan mencuri hasil laut di perairan negara.

Sebarang maklumat dan aduan boleh hubungi Pusat Operasi Zon Maritim Labuan 087-427999 atau MERS 999 bagi memaklumkan sebarang kes kecemasan di laut. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan