Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lima bekas Pengakap Sempadan negara tidak dilupa

Eusebius (empat dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Limam  yang kini terpaksa menggunakan kerusi roda untuk membntu pergerakannya. - foto Kalawon Sawing
Eusebius (empat dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Limam yang kini
terpaksa menggunakan kerusi roda untuk membntu pergerakannya. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Jasa  dan pengorbanan  bekas anggota Pengakap Sempadan yang telah mencurahkan bakti mereka untuk menjaga keselamatan dan keamanan di negara ini khususnya semasa konfrontasi Malaysia dan Indonesia dahulu tidak dilupakan.

Walaupun tidak segagah dulu malahan pada masa ini ada di antara mereka sudah uzur  tetapi jasa dan pengorbanan mereka seharusnya tidak dilupakan oleh generasi pada masa ini.

Lantaran itulah Pemuda UPKO Zon Bingkor yang diketuai oleh Eusebius Francis, terpanggil untuk menziarahi dan tampil menghulurkan sumbangan berbentuk barang-barang makan dan wang tunai lima orang bekas anggota Pengakap Sempadan yang kini sudah uzur.

Mereka yang mendapat sumbangan Ganit Ansagub, Limam Angkalal, Omopor Lungkung, Rayan Ansikok dan Bakukang Kandingau. Menurut Eusebius, sumbangan berbentuk barang makan dan kewangan adalah pengisian program ziarah sempena sambutan Paskah tahun ini.

Katanya, walaupun sumbangan yang diberikan itu sedikit tetapi mesejnya yang amat besar  ialah bekas-bekas pejuang merasa pengorbanan mereka
dihargai. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan