Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

LIMA ’15 2 Pesawat Jupiter Indonesia Terhempas

14

LANGKAWI: Dua pesawat Jupiter Aerobatic Team, Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI) terhempas ketika melakukan latihan aerobatik sempena LIMA ’15 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini, sebentar tadi.

Nahas kira-kira jam 2 petang itu berlaku ketika sekumpulan enam pesawat jenis KT-1B itu sedang melintasi ruang udara MIEC, sebelum dua daripadanya berselisih dan terbabas.

Foto: Ihsan Pembaca BH

Foto: Ihsan Pembaca BH

Kedua-dua pesawat kemudian dilihat terhempas di luar kawasan lapangan terbang, disusuli api dan kepulan asap.

Foto: Ihsan Pembaca BH

Beberapa saksi melihat juruterbang sempat melompat keluar dengan payung terjun sebelum pesawat terhempas. Namun nasib kedua-dua juruterbang masih belum diketahui.

Difahamkan, pasukan penyelamat telah dikejarkan ke lokasi pesawat terhempas.

Berita Harian Online

Komen


Berita Berkaitan