Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lim Kit Siang Terus Tabur Fitnah Di Twitter

lks

Selepas dimalukan besar dengan kes fitnah mendakwa di KLIA2 berlaku banjir di kawasan landasan terbang, hari ini Penasihat DAP Lim Kit Siang berbunyi lagi di laman Twitter kal memfitnah barisan kepimpinan kabinet.

Tweet Kit Siang hari ini berbunyi “Kenapa Perdana Menteri bukan sahaja bercuti secara rahsia, tiada satu Menteri UMNO melawat negeri terburuk banjir Kelantan sejak 1971,”.

KitSiang_1

Kenyataan beliau di twitter itu dikecam hebat para pengguna laman sosial itu yang menyedari beliau menipu kerana mengetahui hampir seluruh anggota kabinet pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib berada di lokasi banjir membantu mangsa.

Paling terserlah ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang komited membantu mangsa banjir.

Ahmad Shabery di Kemaman manakala Mustapa di Kelantan, negeri beliau bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri UMNO.

MenteriLawat

Selain itu, Kit Siang turut menggunakan ketiadaan Najib yang bercuti di luar negara sebagai peluang beliau memburuk-burukkan reputasi Najib kononnya seperti lepas tangan dan terus bercuti biarpun keadaan banjir di negara ini semakin meruncing.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang medianya sudah memaklumkan bahawa beliau kini berada dalam negara dan mengetuai operasi bantuan kepada mangsa banjir dan meminta memberi ruang kepada Najib untuk berehat.

Menurutnya, beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bencana negara sedang melakukan yang terbaik dan segala yang termampu dalam usaha memastikan mangsa banjir menerima bantuan yang sepatutnya.

KOTA BHARU: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendengar sesuatu dari Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor ketika mendengar taklimat bencana banjir di Pengkalan Chepa di sini, pagi ini. - Foto BERNAMA

Hari ini Muhyiddin dilihat melawat lokasi bencana banjir di Kelantan. – MYNEWSHUB

Komen


Berita Berkaitan