Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

LIGS dan tiga anak syarikatnya menandatangani ‘Ikrar Intergriti Korporat’

2:13pm 05/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 39 views Tempatan,YB Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin
Harris (tiga dari kiri) mewakili LIGS serta anak-anak syarikatnya menyerahkan dokumen 'Ikrar intergriti Korporat' kepada Shaharom (empat dari kanan) semasa majlis menandatangani 'Ikrar Intergriti Korporat' di Dewan Serbaguna Wisma Pertanian Sabah, disini, hari ini. Turut kelihatan,Yahya (empat dari kiri) dan Rubin (dua dari kiri) menyaksikan penyerahkan ikrar tersebut.

Harris (tiga dari kiri) mewakili LIGS serta anak-anak syarikatnya menyerahkan dokumen ‘Ikrar intergriti Korporat’ kepada Shaharom (empat dari kanan) semasa majlis menandatangani ‘Ikrar Intergriti Korporat’ di Dewan Serbaguna Wisma Pertanian Sabah, disini, hari ini. Turut kelihatan,Yahya (empat dari kiri) dan Rubin (dua dari kiri) menyaksikan penyerahkan ikrar tersebut.

KOTA KINABALU- Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) julung kalinya menandatangani ‘Ikrar Intergriti Korporat’ atau ‘Corporate Intergrity Pledge’ (CIP) bersama pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah, hari ini.

Menurut Pengerusi LIGS, Datuk Rubin Balang, ikrar tersebut menunjukkan bahawa LIGS komited dalam menggalakkan nilai- nilai intergriti, bertanggungjawab, telus dan tadbir urus korporat dalam membangun dan mengurus industri getah di negeri ini.

“Matlamat LIGS adalah untuk membantu penduduk miskin di negeri ini untuk keluar dari belenggu kemiskinan.

“Justeru itu, ianya amat penting bagi LIGS untuk menyediakan perkhidmatan kepada pihak berkepentingan (stakeholder) dengan niat yang baik, menyediakan khidmat yang dapat mendatangkan faedah kepada mereka, bekerja dengan jujur, amanah dan berintergriti,”katanya

Beliau berkata demikian semasa berucap sempena majlis menandatangani ‘Ikrar Intergriti Korporat’ LIGS, di sini, hari ini.

Di samping itu, tiga buah anak syarikat di bawah LIGS iaitu Tuaran Crumb Sdn Bhd, Kilang Tenom Crumb Sdn Bhd dan Kilang Beaufort Speciality Rubber Sdn Bhd turut menandatangani ikrar tersebut.

Katanya, ketiga-tiga anak syarikat LIGS itu merupakan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah yang pertama menandatangani ikrar tersebut pada tahun ini.

Selain itu, menurut Pengarah SPRM negeri Sabah, Dato’ Shaharom Nizam Abdul Manap, amalan rasuah melemahkan tadbir- urus yang baik serta mengakibatkan ketirisan dalam agihan peruntukan sumber dan membawa kesengsaraan kepada masyarakat.

“Mengawalnya hanya boleh dilakukan dengan kerjasama daripada semua pihak termasuklah kerjasama dan kepercayaan daripada kerajaan, Badan bukan Kerajaan (NGO), badan berkanun, syarikat swasta.. serta masyarakat,”katanya.

Tambahnya, ikrar tersebut diperkenalkan untuk menggalakkan organisasi dalam sektor awam mahupun swasta mengambil langkah- langkah dan kawalan seperti sistem dan prosedur, etika dan nilai- nilai penting bagi penubuhan entiti intergriti.

Selain itu, beliau turut menyeru kepada semua syarikat swasta, agensi kerajaan dan jabatan kerajaan agar menjadikan lima prinsip Anti- Rasuah sebagai garis panduan bagi memerangi rasuah di negara ini.

“ikrar tersebut mestlah diterjemahkan berdasarkan lima prinsip Anti- RAsuah bagi Syarikat-Syarikatdi Malaysia,”katanya

Terdahulu, Pengurusan LIGS menghadiri satu sesi penerangan berkaita CIP yang diberikan oleh Timbalan Pengarah SPRM Sabah pada 20 Januari lalu.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Panglima Hj Yahya Husin bagi menyaksikan majlis menandatangani ‘Ikrar ?Intergriti Korporat’, Pengurus Besar LIGS, Datuk Harris Matthew, Pengurus Kilangf Beaufort Speacialty Rubber Sdn Bhd, Tan Ket Sing, Pengurus Kilang Tuaran Crumb Sdn Bhd, Soh Kian Soon dan Pengurus Kilang Tenom Crumb Sdn Bhd, Chandran Kumar. – Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan