Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

‘Lightsaber’ kena haram

8:38am 15/12/2015 Pak Roshan 174 views Global
SEORANG budak lelaki menunjukkan aksi bermain pedang ‘lightsaber’ dengan peminat yang memakai kostum watak Darth Vader.

SEORANG budak lelaki menunjukkan aksi bermain pedang ‘lightsaber’ dengan peminat yang memakai kostum watak Darth Vader.

London: Filem terbaru Star Wars, The Force Awakens bakal ditayangkan di pawagam di Britain kurang seminggu lagi.

Tayangan itu dijangka menyebabkan peminat setia Star Wars teruja dan tidak sabar untuk menonton episod ketujuh filem berkenaan.

Seperti biasa peminat setia Star Wars pasti merancang untuk memakai kostum yang sinonim dengan watak popular filem itu ke pawagam pada Khamis ini.

Bagaimanapun, peminat dinasihatkan supaya tidak keterlaluan apabila memakai kostum watak Star Wars seperti Jedi, Darth Vader dan Stormtrooper ketika hadir ke pawagam.

Rangkaian pawagam di Britain, Odeon & UCI meminta semua pengunjung untuk membuka topeng dan tidak membawa pedang ‘lightsaber’ ke pawagam.- Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan