Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Liga Perdana: Sabah tersungkur di laman sendiri

PENJAGA gol JDT II, Muhammad Al-Hafiz Hamzah menampan bola hasil tandukan pemain pasukan Sabah, Alto Linus (tiga dari kanan) pada aksi Liga Perdana di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam ini. - Foto Malai Rosmah Tuah
PENJAGA gol JDT II, Muhammad Al-Hafiz Hamzah menampan bola hasil tandukan pemain pasukan Sabah, Alto Linus (tiga dari kanan) pada aksi Liga Perdana di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam ini. – Foto Malai Rosmah Tuah

KOTA KINABALU: Sabah gagal memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri apabila tewas 0-1 di tangan Johor Darul Ta’zim II (JDT II), sebentar tadi.

Pasukan pelawat memastikan mata penuh dibawa pulang daripada Stadium Likas menerusi jaringan Muhammad Hafiy Haikal Ismail pada minit ke-31.

Perlawanan malam tadi turut menyaksikan penyerang Sabah, Leopold Alfonso Otong di buang padang pada masa kecederaan selepas mengutip kad kuning kedua.

Kekalahan itu sekali gus meletakkan Sabah terus kekal di tempat tiga terbawah liga selepas sembilan perlawanan manakala JDT II terus mencabar persada. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan