Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Liga Perdana: Sabah bertemu KL esok

SABAHRHINOS... Barisan kesebelasan utama pasukan Sabah untuk saingan Liga Perdana 2015.
SABAHRHINOS… Barisan kesebelasan utama pasukan Sabah untuk saingan Liga Perdana 2015.

KOTA KINABALU – Skuad bola sepak Sabah ditagih agar mempamerkan mutu permainan yang terbaik dan cemerlang pada saingan Liga Perdana 2015 yang akan membuka tirai rasmi perlawanan bermula esok.

“Mereka (pemain) harus mempamerkan semangat komitmen yang tinggi untuk mencapai kemenangan sepanjang perlawanan awal dan seterusnya dalam saingan Liga Perdana,”  kata Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut beliau, hanya melalui persembahan yang mantap akan dapat mengembalikan keyakinan para peminat skuad bola sepak negeri untuk datang semula ke stadium bagi memberikan sokongan padu mereka.

“Selama beberapa tahun kebelakangan ini, setiap kali perlawanan membabitkan pasukan negeri di Stadium Likas, bilangan penyokong yang hadir sangat sedikit,” katanya sambil menambah situasi tersebut perlu diubah.

Beliau berkata, skuad Sabahrhinos kini mempunyai barisan kesebelasan utama yang hebat termasuk bekas bintang kelab Liga Perdana Inggeris Liverpool, El Hadji Diouf.

“Dengan barisan pemain yang hebat, diharapkan skuad negeri mampu cemerlang dalam setiap perlawanan seterusnya  naik ke Liga Perdana Super pada musim yang akan datang,” katanya lagi.

Sabahrhinos akan memulakan kempen Liga Perdana musim ini dengan bertandang ke tempat lawan esok untuk bertemu Kuala Lumpur di Stadium Merdeka pada jam 4.45 petang.

Berita baik kepada penyokong peminat bola sepak tempatan, difahamkan perlawanan yang berlangsung esok adalah masuk percuma. Ini adalah peluang baik kepada penyokong Sabah yang berada di sekitar Lembah Klang untuk sama-sama  memberi sokongan kepada Sabah Rhinos. – Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

sabah-Vs-KL-600x360

Komen


Berita Berkaitan