Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Liga Futsal Masjid Peringkat Kebangsaan di Sabah

mugshot arifin
Mohd. Arifin Mohd. Arif

 

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri menyokong cadangan penganjuran Liga Futsal Masjid Peringkat Kebangsaan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Sabah.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Mohd. Arifin Mohd. Arif berkata, cadangan JHEAINS dan Jakim untuk mengadakan kejohanan itu Sabah dapat mendekatkan generasi muda kepada masjid dan surau.

“Program ini mendekatkan generasi muda kepada kegiatan keagamaan. Ia menunjukkan bahawa masjib bukan sahaja tempat ibadah khusus tetapi mengeratkan silaturrahim untuk bersosial dan menjalin hubungan mesra sesama masyarakat,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Liga Agensi Islam Sabah (Lisan) 2015 di Dewan Sa’adah, Wisma MUIS.

Sebanyak 13 pasukan menyertai kejohanan tersebut iaitu Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) Sabah, Majlis Agama Islam Sabah (Muis), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) Sabah, Tabung Haji, Jakim, Pejabat Musfti Sabah, Jabatan Kehakiman Syariah Sabah, Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Baitulmal dan Concern.

Hadir sama, Mufti Sabah, Datuk Aziz Bongsu. Sebanyak lapan acara dipertandingkan antaranya, badminton, bola tampar, takraw dan boling.

Mengenai kejohanan itu yang diadakan semula selepas sembilan tahun, Mohd. Arifin berkata, beliau meminta pihak penganjur menwujudkannya kembali pada tahun ini dan dijadikan sukan tahunan. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan