Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lif 362 meter di sisi cenuram

11:04am 24/04/2016 Pak Roshan 910 views Global
LIF setinggi 362 meter.

LIF setinggi 362 meter.

Sebuah lif khas untuk membawa pelancong melihat pemandangan indah di Wulingyuan mungkin yang paling mengerikan dengan ketinggian 362 meter – lebih tinggi daripada bangunan pencakar langit.

Lif yang dibina pada sisi cenuram itu menawarkan pemandangan cantik hutan belantara serta pergunungan, dan diberi nama ‘lif langit seratus naga’ di Taman Hutan Zhangjiajie yang juga Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Ia mampu membawa penumpang dari kaki bukit setinggi 362 meter dalam masa kurang dua minit.

People’s Daily Online melaporkan, projek bernilai 120 juta Yuan (RM72 juta) itu didakwa lif luar bangunan tertinggi dan paling berat di dunia.

Artikel itu turut mendakwa ia diiktiraf dengan tiga Rekod Dunia Guinness sebagai lif luar bangunan tertinggi dunia; lif dengan dua dek pemerhatian tertinggi dunia; dan lif penumpang paling pantas dengan kapasiti terbesar.

Struktur diperbuat daripada tiga lif kaca berasingan yang masing-masing mampu membwa 50 orang pada satu-satu masa.

Namun, bagi mereka yang tidak berani mencubanya boleh berjalan dua jam setengah menaiki bukit berkenaan. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan