Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Licik menipu

licik menipu

KOTA KINABALU– Usianya baru mencecah 22 tahun, tetapi dia licik menipu puluhan mangsa bagaikan sudah bertahun-tahun berpengalaman melakukan jenayah terbabit.

Demikian gambaran mengenai seorang remaja perempuan yang menyamar sebagai ejen pelancongan dan dipercayai sudah menipu lebih 26 mangsa membabitkan kerugian hampir RM30,000.

Salah seorang daripada mangsa, Charles Ching, 23, berkata, dia mengenali remaja terbabit menerusi seorang rakan dan bersetuju menggunakan khidmat sebagai ejen bagi penganjuran program pendakian Gunung Kinabalu bersama sepuluh rakannya.

Remaja berkenaan kemudian memintanya membayar wang deposit sebanyak RM1,000 sebelum meminta 10 peratus lagi daripada jumlah keseluruhan bayaran beberapa minggu selepas bayaran pertama dibuat Disember tahun lalu.

Disebabkan mempercayai suspek yang turut memberi izin MyKad serta gambar wajahnya dirakam, Charles memberitahu, dia melunaskan kesemua baki bayaran apabila diminta.

Ejen pelancongan itu kemudian menghantar MMS salinan resit  pengesahan bayaran tertera kepala surat syarikat yang kelihatan seakan-akan asli.

Bagaimanapun selepas kesemua bayaran dijelaskan, Charles meminta ejen memulangkan kembali wang deposit sebanyak RM1,000, tetapi usahanya gagal apabila remaja itu memberi pelbagai alasan.

Disebabkan tidak berpuas hati, Charles kemudian menempah tiket penerbangan dan terus ke Sabah bertemu suspek.

Pada mulanya remaja itu enggan bertemu, namun akhirnya akur.

Ketika pertemuan, wang deposit dijanjikan gagal dipulangkan menyebabkan satu surat perjanjian menyatakan  tindakan undang-undang dan laporan polis akan dibuat sekiranya suspek masih mungkir janji.

“Dia beritahu bank dah tutup, kad ATM tinggal di rumah dan banyak alasan lain mengelak untuk bayar kembali wang deposit,” katanya.

Charles berkata, dia terkejut setelah dimaklumkan oleh seorang ejen pelancongan lain bahawa remaja wanita ini terkenal sebagai penipu di Sabah.

Menurut ejen pelancongan tersebut, ramai pernah ditipu dan jenayah dilakukannya juga pernah dilaporkan akhbar sebelum ini.

“Saya dan rakan kemudian ke Pejabat Tourism Sabah untuk membuat laporan, sekali lagi saya tersentak apabila dimaklumkan ejen ini sudah menipu lebih 26 orang mangsa dengan kerugian puluhan ribu ringgit,” katanya lagi.

Tambah Chales, bagaimanapun agak mengejutkan apabila suspek menghubunginya beberapa hari selepas itu bertujuan membatalkan trip dan berjanji memulangkan semua wang yang dibayar sebelum ini.

Suspek turut mengirim MMS gambar transaksi bank yang menunjukkan dia sudah membuat pemindahan wang ke dalam akaun.

“Bila saya periksa akaun, memang tak terima duit yang dikatakan. Malah pihak bank yang dihubungi juga memberitahu tiada apa-apa transaksi berlaku.

“Saya bergegas ke cawangan bank setelah berasa curiga dan pegawai bertugas sahkan transaksi itu palsu,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Karamunsing Sabah dan Balai Polis Dang Wangi. -SUMBER PHOTO- SinarHarianOnline

Komen


Berita Berkaitan