Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,503

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Libatkan penyertaan pelajar pendidikan khas dalam aktiviti perkhemahan-Hamisa

11:19am 20/05/2017 Elezebeth Esther Onjining 56 views Pendidikan,Tawau,Tempatan

HAMISA (barisan tengah, tiga kanan) merakamkan gambar kenangan bersama guru- guru pengiring dan para peserta perkhemahan unit beruniform.

TAWAU:Aktiviti perkhemahan yang melibatkan penyertaan daripada pelajar berkeperluan khas perlu dilaksanakan, kata Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat.

Beliau berkata secara tidak lansung memberi peluang yang optimum kepada para murid-murid  pendidikan khas memperkembangkan potensi diri masing-masing khususnya dari segi kepimpinan dan kreativiti disamping memperkukuhkan disiplin kendiri, semangat kejasama dan kesediaan berdikari serta bertanggungjawab.

Katanya untuk membantu merealisasikan matlamat utama perlu mengambilkira setiap aspek termasuklah perancangan sebelum, semasa dan selepas perkhemahan, aspek kebajikan dan keselamatan, alat-alatan perkhemahan, halangan-halangan yang dihadapi dan juga pelan tindakan kecemasan.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Perasmian penutupan Program Kem Ikhtiar Hidup dan Perkhemahan Unit Beruniform Pendidikan Khas Intergrasi Daerah Tawau di Dewan Sekolah Kebangsaan Kukusan Tawau kelmarin.

Program merupakan anjuran  Yayasan Sabah Zon Pantai Timur Selatan dengan kerjasama SK Kukusan Tawau.

Hamisa yang juga Adun Tanjong Batu menambah melalui aktiviti perkhemahan unit beruniform bagi murid-murid pendidikan khas dapat membantu pelajar dalam semua aspek, selaras dengan falsafah pendidikan, iaitu jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial

“Perkhemahan adalah penting untuk mereka dan program sebegini harus dijalankan dengan konsep lebih terbuka dan mencabar kebolehan pelajar disamping dapat menambahkan pengetahuan dan mendedahkan mereka kepada persekitaran baharu yang belum pernah mereka kenali sebelum ini,”katanya.

Tambahnya, peserta yang melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah ini sangat berminat melaksanakan aktiviti luar bilik darjah dan dalam perkhemahan ini.

“Aktiviti perkhemahan dapat menenangkan fikiran murid dan mengukuhkan pengetahuan bagi memastikan kandungan kurikulum dikuasai secara tidak langsung dan tanpa tekanan,” jelas Hamisa.

Beliau turut menggesa ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa disarankan untuk menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar.

Tegas Hamisa pengalaman yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini sedikit sebanyak diharapkan dapat membantu mereka kelak. Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan seseorang murid tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata.

“Aktiviti perkhemahan dapat memberi pengalaman kepada murid pendidikan khas untuk merasai suasana sebenar perkhemahan. “Selain meningkatkan keyakinan diri murid pendidikan khas melalui aktiviti yang disediakan sepanjang perkhemahan. Di samping memupuk sikap berdikari kepada setiap murid pendidikan khas,” ujarnya.-SayangSabah

ANTARA murid- murid pendidikan khas yang menyertai perkhemahan unit beruniform.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan