Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

LHDNM sasar 90 peratus pungutan tunggakan cukai melalui ‘Ops Kutip’

Sabin (hadapan, tujuh dari kiri) merakam gambar kenangan bersama petugas- petugas Ops Kutip

KOTA KINABALU- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mensasarkan pungutan tunggakan cukai sebanyak 90 peratus daripada RM 326.19 juta melalui ‘Ops Kutip’ Nasional 2017 yang berlansung secara serentak selama dua dari bermula hari ini (8 Mei) di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif (LHDNM), Datuk Sabin Samitah berkata,sumbangan cukai membolehkan berbagai kemudahan sosial disediakan untuk manfaat setiap rakyat Malaysia khususnya mereka yang kurang berkemampuan.

“Kegagalan melaksanakan tanggungjawab dalam melaporkan pendapatan yang betul serta menjelaskan cukai pendapatan dalam tempoh yang ditetapkan sebenarnya mempunyai implikasi kepada masyarakat dan negara yang kita cintai.

“Sekiranya, ketidakpatuhan cukai tidak dikekang ia merupakan sesuatu yang tidak adil kepada pembayar cukai yang patuh dalam melaporkan pendapatan yang betul serta membayar dalam masa yang ditetapkan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis perasmian ‘Ops Kutip’ Nasional 2017 (K127B) di Dewan Hasil Cawangan Kota Kinabalu, disini, hari ini.

Selain itu, Sabin berkata, LHDNM memandang serius tindakan pengelakan cukai, pelarian cukai dan kegagalan menjelaskan cukai dalam tempoh yang ditetapkan.

“Ianya menyebabkan wujudnya ketidakseimbangan dalam persekitaran masyarakat bilamana wujudnya golongan yang mempunyai sumber kewangan tunai berlebihan yang tidak dilaporkan,”katanya.

Menurutnya, Ops Kutip yang melibatkan 592 petugas itu merupakan salah satu inisiatif LHDNM dalam menangani masalah masalah tersebut.

“Di samping itu, program ini juga bertujuan memperluaskan kesedaran dan kefahaman dalam kalangan masyarakat berhubung tanggungjawab cukai mereka agar tahap pematuhan secara sukarela dapat dipertingkatkan,” tambahnya.

Dalam perkembangan sama, Sabin berkata pihaknya telah menubuhkan Cawangan Guaman Kuala Lumpur bermula 1 Mei 2017 yang lalu dimana ia bertanggungjawab mengambil tindakan pantas ke atas pembayar cukai yang gagal membayar dalam tempoh yang ditetapkan.

“Sebelum ini, tindakan guaman sivil dilaksanakan oleh ibu pejabat dan cawangan LHDN yang terdapat di setiap negeri. Melalui penubuhan cawangan guaman sivil ini nanti mana- mana pembayar cukai yang gagal membuat peraturan bayaran, kita akan menghantar kes tersebut terus ke cawangan guaman sivil yang terdiri daripada peguam-peguam yang bertauliah,”katanya.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengawai Eksekutif (Operasi Percukaian) LHDNM, Mahmood Daud, Pengarah Jabatan Pungutan Hasil Mohd Idris Mamat, Pengarah Jabatan Perisikan dan Profiling, Hajam Lajah Alam dan Pengarah LHDN Negeri Sabah, Dr. Sotimin Muhalip. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan