Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

LHDN Sabah Laksana KMH Untuk Tingkat Kutipan Cukai

lhdn

SANDAKAN : Pelaksanaan program Kunjungan Mesra Hasil (KMH) merupakan antara usaha Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Sabah meningkatkan kutipan cukai khususnya mencapai sasaran sebanyak RM4.5 bilion, tahun ini.

Pengarahnya Kamaruzzaman Ab Salleh berkata KMH melibatkan petugas dari semua cawangan di negeri ini iaitu Sandakan, Kota Kinabalu, Tawau, Keningau dan Labuan.

Katanya petugas yang terlibat akan membuat kunjungan mesra iaitu lawatan ke pejabat, rumah dan juga premis perniagaan pembayar cukai di seluruh negeri ini.

“Pada tahun lepas, kutipan hasil adalah sebanyak RM3.6 bilion dan berjaya mencapai hasil kutipan tertinggi sepanjang tempoh lima tahun sebelumnya,” katanya ketika merasmikan program KMH di sini, Khamis.

Beliau berkata menerusi KMH, ia mampu mempertingkatkan tahap kesedaran pematuhan dan pengetahuan orang ramai berhubung aktiviti percukaian dan pungutan hasil dalam negara.

Kamaruzzaman berkata ia juga dapat mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap LHDN yang selama ini dikatakan tidak mesra pelanggan kepada sebuah agensi yang mudah didekati serta sentiasa membantu mereka.

Menurutnya, LHDN turut memberi penekanan terhadap Potongan Cukai Berjadual (PCB) berikutan tunggakan penggajian yang dibuat oleh majikan tidak mengikuti kaedah jadual PCB yang disediakan.

Katanya, Sabah mempunyai sebanyak 219,633 pembayar cukai.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan